May 2008…
May 24th, 2008 by dmannLama giler aku tak menulis. Bukan xde menda nak tulis. Tapi tetiba hilang mood. So malam ni tetiba je aku rasa nak kongsi apa yg sedang berlaku dalam hidup aku.
Pertama sekali, Alhamdulillah syukur, aku berjaya menamatkan pengajian aku. Walaupun bukan dengan keputusan yang begitu membanggakan, aku puas hati kerana satu bab dalam hidup aku dah berjaya aku tempuh. 26 Mei 2008 adalah hari konvokesyen aku. Aku dan rakan2 seperjuangan aku akan bertemu kembali di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam bagi meraikan 3 tahun perjalanan kami bersama dalam menempah segulung diploma.
Kedua, aku dah bekerja. 3 bulan sebelum majlis konvokesyen, aku dah berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat swasta yang menganjurkan event, mostly untuk DIGI. Aku bermula dengan jawatan Event Co-Ordinator dan selepas 2 bulan bekerja aku dijadikan Talent Manager. Memang mencabar apabila tetiba terpaksa memegang jawatan yang agak besar kerana tanggungjawab juga semakin bertimpa. Namun aku sangat bersyukur dengan kepercayaan yg diberikan oleh majikan aku dan aku sedang melakukan sedaya upaya sambil belajar dari mereka yang lebih berpengalaman.
Ketiga, Lan, sahabat baikku dahpun bertunang. Bulan januari aritu. Langkah bendul punya budak. Namun aku doakan ikatan mereka akan berakhir di jinjang pelamin. Keep holding on bro. Ngko dan Dewi sgt berbakat. Korang boleh berjaya selagi korang mahu. Aku tak pernah ragui kebolehan korang. It’s just a matter of will.
Cakap pasal perhubungan, Mali pun dah kembali single. Well, macam aku selalu cakap, hope for the best, but prepare for the worst. Kita dah usaha sedaya upaya, tapi xkan boleh melawan takdir tuhan. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti. And, kalo dah jodoh hang dengan dia, xkan kemana. Biar separuh dunia terpisah, akan jumpa balik jugak satu hari nanti. Teruskan dengan hidup. Banyak lagi yang perlu difikirkan. Famili, sahabat, kerja….
Aku? Masih single seperti selalu. Walaupun ramai x percaya… seperti selalu. Bukan xnak tp banyak faktor yang mempengaruhi. Kerjaya, kemampuan, kisah silam. Aku akui pengalaman cinta aku yang sebelum2 ini semuanya pahit. Tapi Alhamdulillah, aku masih percaya pada kenapa Allah menciptakan Hawa untuk Adam A.S. Bukan Hamid atau Halim. Naluri lelaki untuk bersama dengan wanita bukanlah hukum alam semata tetapi juga yang lebih penting; hukum agama. Aku masih tidak mengerti bagaimana segelintir umat Muhammad S.A.W boleh memilih jalan mungkar hanya kerana dikecewakan di dunia sedangkan siksa di akhirat yang menanti lebih perit dari sedikit luka di dunia.
Aku percaya segala keburukan yang berlaku boleh menjana kebaikan. Tanpa ketakutan, takkan lahir keberanian. Tanpa kedukaan, kita takkan menghargai kebahagiaan. Tanpa kelaparan, kita takkan bersyukur bila kekenyangan. Tanpa kekecewaan, kita takkan kenal erti penghargaan. Lebih banyak lagi cara untuk menenangkan fikiran dari melakukan kerosakan terhadap diri sendiri tidak kira dari segi fizikal, mental, rohaniah dan lebih teruk lagi Akidah.
Aku sendiri bukanlah seorang yang alim. Aku bukan seorang yang kuat beribadah. Namun aku masih mempunyai prinsip2 yang membataskan perlakuan aku. Meskipun aku memilih untuk bermain gitar di kala tertekan dan bukan membaca Al-Quran atau melakukan solat sunat bagi mencari ketenangan, setidak-tidaknya aku tidak memilih untuk mengelar pergelangan tangan, mengkhayalkan diri dengan dadah atau memabukkan diri dengan arak.
Kebelakangan ini juga aku ada mendengar mereka yang berpendapat bahawa dadah adalah halal di sisi Islam. Kenapa? Kerana Al-Quran hanya menyebut "jauhilah judi dan arak". Tiada pula disebutkan dadah. MasyaAllah. Begitu bendul masyarakat Islam sekarang. Kenapa disia-siakan akal yang dikurniakan? Pengaharaman yang ditetapkan adalah untuk mengelakkan akibat yang akan berlaku jika perkara yang dilarang itu dilakukan. Arak diharamkan kerana apabila meminumnya, manusia mabuk, khayal dan lupa akan Allah. Maka apa sahaja yang mengakibatkan kesan yang sama, adalah haram disisi Islam. Harus diingat juga merosakkan dan menyakiti diri sendiri juga adalah haram disisi agama. Secara saintifik juga telah dibuktikan bahawa arak, dadah, malah rokok boleh merosakkan tubuh manusia yang sekadar pinjaman dan harus dipulangkan suatu hari nanti. Jadi kenapa dipertikaikan lagi? Tapi aku hanya mampu memperingati. Tanggungjawab aku sebagai saudara seagama. Yang lain, terserah…
Anyway, aku juga dapat banyak kawan baru. Dari minggu orientasi aku kenal budak2 junior part 1 yang akan membentuk satu lagi generasi yang akan memperjuangkan seni. Aku bangga melihat Kiela, Farah, Mieza, Uchee, Shiro, Mardi, Sapao, Pinatanong, Mamud, AhSiang dan yang lain2. Aku harap korang semua mampu menahan bahang fitnah dan tohmahan yang sentiasa menghantui bidang seni yang kita perjuangkan. Tak dilupakan juga Alan (bos aku), Simon, Marcus, Vinod, Calvin, Hafiz Saban, Chai, Zenny, Shikin dan yang lain2 dari Event Plus Sdn. Bhd. Korang banyak memberikan aku bantuan untuk aku menjalani satu bab baru dalam hidup aku.
Aku sekarang ini tinggal di studio kelab teater. Menumpang sementara mencari tempat tinggal yang lebih dekat dengan ofis aku. Minta maaf kawan2 di ASC (Art Stage Club). Sesungguhnya aku sangat jeles melihat usaha korang. Aku memnag teringin sangat nak join tapi aku mempunyai tanggungjawab terhadap kerja. Harap korang faham. Aku akan membantu secara serba sedikit dan tidak langsung. Minat aku terhadap seni teater tidak pernah berubah.
Begitulah serba sedikit mengenai apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Banyak lagi sebenarnya, tapi len kali aku tulis. Aku dah penat. Tapi aku harap apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang. Adios…!!
Aku kini…
Part timers di DIGI Fuyo RAP…
Pertunangan Lan…
Kiela yang sangat berbeza. Itu yang membuat aku tertarik…
Lagi junior yang periang…
Kenangan di zoo negara…
Wajah Lumpur, penilaian kebangsaan…





















